3ds Max Tutorial 1: Peugeot 308 2008 Bahagian 1


Salam.

Mulai hari ini, saya akan memaparkan satu segmen baru dalam laman blog Fridzmax iaitu Segmen Tutorial. Segmen ini akan dipaparkan mengikut peringkat dan pembaca akan dapat mengikuti progres salah satu daripada model 3d (3d model) saya. Dalam segmen tutorial ini, saya akan membina Peugeot 308 2008 3d model (Pug 308). (Semasa thread ini ditulis-22 May 2011, Peugeot 308 saya masih sedang dalam pembinaan)

Ok, let start the engine…Tutorial ini berkisar sekitar pembinaan model 3d menggunakan perisian 3ds max. Saya menggunakan perisian 3ds Max 2009. Tutorial ini saya kelaskan berada pada tahap Basic-Intermediate di mana anda perlukan kemahiran asas seperti penggunaan material dan pengenalan viewport.

Mula-mula, kita hendaklah melakukan blueprint Setup. Blueprint setup tidak akan diterangkan dalam tutorial ini. Jika anda mahukan rujukan, boleh layari di http://www.the-blueprints.com/tutorials/3dmax/ atau google sahaja menggunakan kat kunci blueprint setup 3ds max.

Gambar 1A menunjukkan blueprint yang telah selesai di-setup

Seterusnya kita mulakan binaan polygon untuk model 3d kita. Gunakan Tube dengan kedua-dua diameter dalam dan luar berpandukan kepada arc mud guard tayar hadapan pada blueprint Pug 308. (Gambar 1b).

Ubah tube tadi kepada Editable Poly (dengan right click). Dengan Selection Polygon, buang bahagian belakang polygon dan tinggalkan satu sahaja permukaan tube. (Lihat gambar 1c dan 1d)

Kemudian, copy tube tadi untuk arc mud guard tayar belakang pula. Hanya hold button Shift dan drag tube tersebut). (Seperti gambar 1e)

Dua tube ini masih entiti yang berlainan (Berasingan). Pilih salah satu tube, cari butang Attach pada column Edit Geometry dan klik pada tube yang satu lagi. Buang (Delete) polygon yang tidak dikehendaki. Dengan Selection Edge, gunakan aplikasi Bridge supaya terbina sambungan antara 2 tube ini. (Lihat Gambar 1f). Untuk membina polygon lain pada bumper hadapan dan belakang, gunakanlah teknik Edge Selection, Shift dan Drag. Perlu juga bermain dengan kedudukan vertex. Vertex yang tersusun mengahasilkan surface yang landai dan menarik.

Perlu diingatkan, anda perlu align Edge dan Vertex ini mengikut kesemua viewport (Top, Left, Front dan Back). Jangan lupa bermain dengan butang orbit pada viewport Perspective.

Setakat ini dulu tutorial kali ini. Banyak-banyak nanti tak ingat.

Kepada pembaca yang mengikuti tutorial ini dan ingin bertanya, mohon reply posting dalam ruangan ini. Agar kita dapat kongsikan ilmu ini sama-sama. Sekian.

Posted on 23 May 2011, in Car, Peugeot, Tutorials and tagged . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. salam bro…saya baru belajar 3ds max ni,nak tanya la cara nak buat cermin kereta tu camne ek?

  2. Salam bro……
    saya dah melawati cara anda dan cara ni sungguh baik dan telah memberikan bantuan kepada saya !!!!
    Tapi saya ingin mengetahui macam mana anda dapatkan gambar kereta itu ? adakah anda melukiskan sendiri ataupun mencari gambar itu melalui internet ??

    • Tu dinamakan blueprint. Saya dapatkannya daripada beberapa website. Ada 2 website yg saya gemari iaitu;

      1. The-blueprints.com (Perlu register utk dapatkan full resolution blueprint-free je)
      2. smcars.net (Perlu register juga – Laman forum ni disertai ramai penggemar 3d car)
      3. Netcarshow.com – (Ni laman car wallpaper. Sesetengah jenama, terutamanya carmaker Perancis -Peugeot dan Renault akan menyediakan blueprint berwarna)

      Tips:

      Biasakan memulakan modeling di tengah-tengah grid. Car modeling adalah mudah kerana kita hanya design sebelah sahaja kerana sebelah satu lagi adalah mirror image.

      Silalah bertanya jika ada keraguan. Nampaknya anda lebih advance daripada siri tutorial ini. Selamat mencuba.

  3. terima kasih bro…..
    dan selamat hari raya ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: