Monthly Archives: May 2011

3ds Max Tutorial 1: Peugeot 308 2008 Bahagian 1


Salam.

Mulai hari ini, saya akan memaparkan satu segmen baru dalam laman blog Fridzmax iaitu Segmen Tutorial. Segmen ini akan dipaparkan mengikut peringkat dan pembaca akan dapat mengikuti progres salah satu daripada model 3d (3d model) saya. Dalam segmen tutorial ini, saya akan membina Peugeot 308 2008 3d model (Pug 308). (Semasa thread ini ditulis-22 May 2011, Peugeot 308 saya masih sedang dalam pembinaan)

Ok, let start the engine…Tutorial ini berkisar sekitar pembinaan model 3d menggunakan perisian 3ds max. Saya menggunakan perisian 3ds Max 2009. Tutorial ini saya kelaskan berada pada tahap Basic-Intermediate di mana anda perlukan kemahiran asas seperti penggunaan material dan pengenalan viewport.

Mula-mula, kita hendaklah melakukan blueprint Setup. Blueprint setup tidak akan diterangkan dalam tutorial ini. Jika anda mahukan rujukan, boleh layari di http://www.the-blueprints.com/tutorials/3dmax/ atau google sahaja menggunakan kat kunci blueprint setup 3ds max.

Gambar 1A menunjukkan blueprint yang telah selesai di-setup

Seterusnya kita mulakan binaan polygon untuk model 3d kita. Gunakan Tube dengan kedua-dua diameter dalam dan luar berpandukan kepada arc mud guard tayar hadapan pada blueprint Pug 308. (Gambar 1b).

Ubah tube tadi kepada Editable Poly (dengan right click). Dengan Selection Polygon, buang bahagian belakang polygon dan tinggalkan satu sahaja permukaan tube. (Lihat gambar 1c dan 1d)

Kemudian, copy tube tadi untuk arc mud guard tayar belakang pula. Hanya hold button Shift dan drag tube tersebut). (Seperti gambar 1e)

Dua tube ini masih entiti yang berlainan (Berasingan). Pilih salah satu tube, cari butang Attach pada column Edit Geometry dan klik pada tube yang satu lagi. Buang (Delete) polygon yang tidak dikehendaki. Dengan Selection Edge, gunakan aplikasi Bridge supaya terbina sambungan antara 2 tube ini. (Lihat Gambar 1f). Untuk membina polygon lain pada bumper hadapan dan belakang, gunakanlah teknik Edge Selection, Shift dan Drag. Perlu juga bermain dengan kedudukan vertex. Vertex yang tersusun mengahasilkan surface yang landai dan menarik.

Perlu diingatkan, anda perlu align Edge dan Vertex ini mengikut kesemua viewport (Top, Left, Front dan Back). Jangan lupa bermain dengan butang orbit pada viewport Perspective.

Setakat ini dulu tutorial kali ini. Banyak-banyak nanti tak ingat.

Kepada pembaca yang mengikuti tutorial ini dan ingin bertanya, mohon reply posting dalam ruangan ini. Agar kita dapat kongsikan ilmu ini sama-sama. Sekian.

Advertisements

Perodua Myvi 2011 .max file sedia untuk download!!!


Salam.

Khas kepada yang berminat untuk mendapatkan 3d model Perodua Myvi 2011/Toyota Passo 2010. Model ini telahpun dimuat naik. Kali ini saya sediakan fail berbentuk .max file bagi memberi kebebasan kepada pengguna untuk mengubah suai model 3d asas ini mengikut citarasa masing2.

Model ini didatangkan dengan editable poly berkoordinat x,y,z: 0,0,0.

Sila klik di pautan http://www.4shared.com/file/6Ox2EN-U/Myvi_2011.html untuk memuat turun.

Jika anda seorang yang selalu mengutuk rekaan kereta tempatan, apakata anda serlahkan bakat anda mengubah suai Myvi ini. Bagaimana? Ada berani? Heheh

Sekian

Lagi 3d model untuk dimuat turun: Klik https://fridzmax.wordpress.com/free-3d-models/

Perodua Myvi GTI by Fridzmax


Salam.

Here comes the new facelift of our future Perodua Myvi 2011. The Perodua Myvi GTi 2011. I am using 3d modeled honeycomb front grill for the the first time. Looks promising instead of using opacity mapping honeycomb pattern. Enjoy the photo. Thanks.

Nissan 350Z 2003 3d model in 3ds Max


Salam and Hi,

I just finished my latest 3d model. The well known Nissan Fairlady 350Z 2003 roadster. I also using same render technique like previous posting but with higher rays value and using Lanczos filter this time.

This Nissan 350Z will soon be on sale. Contact fridzmax@gmail.com for more details.

Here comes the product photo. Thanks.

Honda City 2011 ReProduced!!!!


Salam.

I observed so many clicks on some of my 3d models. Some of them were never been produced by the actual automakers.  I just trying to improve on my rendering skills and this time I am using new render setup using mental ray and matte shadow application.

So for today, I show you my the ‘never been produced’  Honda City 2011 and Proton Exora FL European Mode 2011. Thanks