Mazda Demio 2008 siap sedia untuk ditiru…


Salamz dan Ahlan Wa Sahlan…Mangsa kali ini ialah Mazda Demio 2008 aka Mazda2..Model ni agak rumit nak construct. Kerana garisan beltline pada model ini nampaknya tidak seragam antara depan dan belakang. Render yang dilampirkan ini dibina dalam lingkungan 3jam (termasuk berhenti solat, berhenti makan, reply sms dan beberapa sesi termenung).

Teknik binaan mengunakan Editable Poly. Saya sertakan sekali bagaimana model ini dibina bermula daripada 2 tiub kepada struktur bentuk asas sebelum proses refining.

Proses 1: Bermula dengan blueprint setup, 4 latar iaitu sisi, hadapan, belakang dan pelan ditetapkan pada posisi begini. Kemudian, binaan bermula dengan dua tiub yang dipotong separuh (berwarna biru) mewakili lekuk roda hadapan dan belakang..

Proses 2: Dua tiub biru disambungkan menggunakan aplikasi Bridge. Cuba lihat bridge sengaja disambungkan secara menaik dibahagian belakang model..Ini bagi menyediakan platform yang akan memudahkan proses refining yang akan dijalankan kelak.

Proses 3: Kali ini barulah ‘menaikkan’ struktur bahagian depan, sisi dam belakang model. Saya menggunakan setup blueprint sebegini bagi memudahkan pandangan hadapan dan belakang dilihat dengan baik melalui paparan sudut ketiga. (haa,sape tak ingat sudut ketiga,cepat tanya cikgu LK kat sekolah)..

Proses 4: Yang ini sama seperti model clay diatas. Cuma bezanya objek tidak menggunakan aplikasi Turbosmooth..Bahagian paling rumit untuk membina model ini ialah lampu rear combi-nya..(Jenuh nak pikir). Bahagian lampu depan mungkin akan saya adjust mengikut selera saya.Rim 7 jejari untuk model ini nampaknya perlu disediakan berasingan..Ada beberapa bahagian dalam binaan perlu disediakan berasingan seperti Side Mirror, Wiper dan semestinya Logo Rimau akan ditampalkan keatas model ini.Trademark model saya.HEHE

Catatan ini akan dikemaskini sehingga model siap sepenuhnya.Sekian. Wasalam

Posted on 11 October 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. fuhh..rumit nak buat ni..kena ada blueprint sume pandangan sudut siap2..

  2. Saya masih belaja teknik lighting dan render..susah nak dapat render yang cantik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: